Berkhidmat untuk masyarakat sejak 1993 dengan fasiliti moden, pemandangan indah menghadap laut, dan suasana pembelajaran yang menyenangkan.
Dirasmikan pada 16 Februari 1994, struktur binaan jendela bulatan kami menawarkan panorama laut yang memukau sambil mengurangkan gangguan bunyi dari luar.
Kapasiti 420 tempat duduk sesuai untuk kuliah dan seminar.
Dilengkapi dengan ruang interaktif untuk sesi diskusi kumpulan.
Menyediakan kemudahan tanjakan kerusi roda dan lif khas OKU.
Menyediakan penggunaan PC percuma untuk ahli.
Ruang letak kereta yang luas dan selamat disediakan untuk pengunjung.
Kenangan manis dan pelbagai program menarik yang dianjurkan oleh perpustakaan kami.
#perpustakaannegerisabah #perpustakaancawangantawau #perpustakaanmemperkasakankehidupan #libraryenrichinglives #semega2026
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi para guru dalam mendidik serta membentuk generasi berilmu dan berakhlak demi masa depan negara yang gemilang. Ikhlas daripada: Pengarah dan seluruh warga kerja Perpustakaan Negeri Sabah #SabahStateLibrary #PerpustakaanNegeriSabah #LibrariesEnrichingLives
Pusat maklumat segera berkaitan keahlian, pinjaman dan kemudahan kami.
Anda boleh menyemak akaun keahlian peribadi, status transaksi, tempahan bahan, rekod pinjaman serta menyemak buku-buku terkini kami secara atas talian.
Pengguna perlu membuat laporan di kaunter perkhidmatan. Bayaran pemprosesan penggantian kad adalah RM5.00. Kad boleh digantikan secara percuma sekiranya pengguna mengemukakan laporan polis atas sebab kecurian, kebakaran atau bencana alam.
Keahlian terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warganegara asing yang mempunyai dokumen perjalanan sah.
| Kategori | Umur | Yuran | Tempoh |
|---|---|---|---|
| Kanak-kanak & Remaja | 0 – 19 | Percuma | — |
| Dewasa | 20 – 54 | RM 10.00 | 2 Tahun |
| Warga Emas | 55+ | Percuma | 2 Tahun |
| OKU | — | Percuma | 5 Tahun |
| Keluarga / Kad VIP | — | RM 30.00 | 2 Tahun |
| Warga Asing | — | RM 50.00 | 1 Tahun |
| Institusi / Seumur Hidup | — | RM 200.00 | 1 Thn / Hayat |
WiFi: Percuma untuk ahli sah. Sila mohon kata laluan dari kaunter Rujukan dan Maklumat.
Bilik Perbincangan: Boleh ditempah di kaunter Rujukan (terhad kepada ahli sah). Maksimum 8 pengguna bagi satu bilik.
Tidak. Koleksi Rujukan Umum, Malaysiana, Sejarah Tempatan, Undang-undang Malaysia dan terbitan kerajaan adalah untuk rujukan dalaman sahaja.
Buku-buku yang tiada boleh dipinjam melalui perkhidmatan PAP (Pinjaman Antara Perpustakaan). Sila berjumpa kakitangan di meja rujukan untuk bantuan.
Perkhidmatan untuk OKU merangkumi Pinjaman Berkelompok dan penyediaan bahan bacaan khas dalam bentuk tulisan Braille.
Boleh. Pembaharuan melalui panggilan telefon dibenarkan (terhad kepada 1 kali sahaja). Untuk pembaharuan tanpa had (tertakluk kepada syarat), akses akaun keahlian secara atas talian.
Kunjungi kami di Perpustakaan Cawangan Tawau.