Perpustakaan Tawau
Pusat Maklumat Setempat

Gedung Ilmu Cawangan Tawau

Berkhidmat untuk masyarakat sejak 1993 dengan fasiliti moden, pemandangan indah menghadap laut, dan suasana pembelajaran yang menyenangkan.

30+
Tahun Berkhidmat
1994
Tahun Ditubuhkan
Koleksi Ilmu
131
Jumlah Pelawat
Perpustakaan Tawau
1994
Tarikh Rasmi

Seni Bina Seumpama Kapal Angkasa

Dirasmikan pada 16 Februari 1994, struktur binaan jendela bulatan kami menawarkan panorama laut yang memukau sambil mengurangkan gangguan bunyi dari luar.

Auditorium
01
Lihat Info

Auditorium

Kapasiti 420 tempat duduk sesuai untuk kuliah dan seminar.

Bilik perbincangan
02
Lihat Info

Bilik perbincangan

Dilengkapi dengan ruang interaktif untuk sesi diskusi kumpulan.

Mesra Pengunjung
03
Lihat Info

Mesra Pengunjung

Menyediakan kemudahan tanjakan kerusi roda dan lif khas OKU.

Perkhidmatan internet
04
Lihat Info

Perkhidmatan internet

Menyediakan penggunaan PC percuma untuk ahli.

Tapak letak kereta
05
Lihat Info

Tapak letak kereta

Ruang letak kereta yang luas dan selamat disediakan untuk pengunjung.

Apa Yang Kami Tawarkan

Seksyen Sumber Maklumat & DigitalSeksyen Perkhidmatan PembacaSeksyen Perkhidmatan Luar BandarSeksyen Pentadbiran & KewanganPerpustakaan DesaSeksyen Sumber Maklumat & DigitalSeksyen Perkhidmatan PembacaSeksyen Perkhidmatan Luar BandarSeksyen Pentadbiran & KewanganPerpustakaan Desa

Aktiviti & Galeri

Kenangan manis dan pelbagai program menarik yang dianjurkan oleh perpustakaan kami.

Video
Tonton Video

(SEMEGA ‘ 26) Program Selangkah ke Menara Gading 2026

#perpustakaannegerisabah #perpustakaancawangantawau #perpustakaanmemperkasakankehidupan #libraryenrichinglives #semega2026

📚𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨
Galeri
Lihat Galeri

📚𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi para guru dalam mendidik serta membentuk generasi berilmu dan berakhlak demi masa depan negara yang gemilang. Ikhlas daripada: Pengarah dan seluruh warga kerja Perpustakaan Negeri Sabah #SabahStateLibrary #PerpustakaanNegeriSabah #LibrariesEnrichingLives

Soalan Lazim (FAQ)

Pusat maklumat segera berkaitan keahlian, pinjaman dan kemudahan kami.

Keahlian & Pendaftaran
Apakah yang saya dapat buat dengan akaun keahlian?

Anda boleh menyemak akaun keahlian peribadi, status transaksi, tempahan bahan, rekod pinjaman serta menyemak buku-buku terkini kami secara atas talian.

Sekiranya kad keahlian hilang, apakah yang perlu dilakukan?

Pengguna perlu membuat laporan di kaunter perkhidmatan. Bayaran pemprosesan penggantian kad adalah RM5.00. Kad boleh digantikan secara percuma sekiranya pengguna mengemukakan laporan polis atas sebab kecurian, kebakaran atau bencana alam.

Siapakah boleh menjadi ahli dan berapakah kadar bayarannya?

Keahlian terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warganegara asing yang mempunyai dokumen perjalanan sah.

Kategori Umur Yuran Tempoh
Kanak-kanak & Remaja 0 – 19 Percuma
Dewasa 20 – 54 RM 10.00 2 Tahun
Warga Emas 55+ Percuma 2 Tahun
OKU Percuma 5 Tahun
Keluarga / Kad VIP RM 30.00 2 Tahun
Warga Asing RM 50.00 1 Tahun
Institusi / Seumur Hidup RM 200.00 1 Thn / Hayat
Kemudahan & Maklumat
Bagaimana cara menggunakan WiFi dan Bilik Perbincangan?

WiFi: Percuma untuk ahli sah. Sila mohon kata laluan dari kaunter Rujukan dan Maklumat.

Bilik Perbincangan: Boleh ditempah di kaunter Rujukan (terhad kepada ahli sah). Maksimum 8 pengguna bagi satu bilik.

Adakah koleksi Rujukan dan Malaysiana boleh dipinjam?

Tidak. Koleksi Rujukan Umum, Malaysiana, Sejarah Tempatan, Undang-undang Malaysia dan terbitan kerajaan adalah untuk rujukan dalaman sahaja.

Bagaimana jika buku yang diperlukan tiada dalam koleksi?

Buku-buku yang tiada boleh dipinjam melalui perkhidmatan PAP (Pinjaman Antara Perpustakaan). Sila berjumpa kakitangan di meja rujukan untuk bantuan.

Apakah perkhidmatan khusus untuk golongan OKU?

Perkhidmatan untuk OKU merangkumi Pinjaman Berkelompok dan penyediaan bahan bacaan khas dalam bentuk tulisan Braille.

Polisi Pinjaman
Berapakah jumlah buku yang boleh dipinjam?
  • Ahli Baharu: Maksimum 2 naskhah bahan fizikal.
  • Ahli Lama: Maksimum 6 naskhah bahan fizikal.
  • E-Sumber: 10 naskhah melalui Overdrive dan 6 bahan melalui E-Lib.
Bolehkah pembaharuan dibuat melalui telefon atau atas talian?

Boleh. Pembaharuan melalui panggilan telefon dibenarkan (terhad kepada 1 kali sahaja). Untuk pembaharuan tanpa had (tertakluk kepada syarat), akses akaun keahlian secara atas talian.

Lokasi Kami

Kunjungi kami di Perpustakaan Cawangan Tawau.

Masa Pembukaan

Waktu Operasi Rasmi
Isnin
10am - 5pm
Sabtu & Ahad
9am - 2pm
Bantuan Atas Talian PNS
Staf Atas Talian
Selamat Datang!

Ada pertanyaan? Hantarkan di bawah dan pustakawan kami akan membantu anda.